Posts

Showing posts from November, 2022

Sastera itu Indah : A. Samad Said

Image
Assalamualaikum wbt.  Menyentuh pula mengenai pengarang sastera. Umumnya kita ketahui negara kita sememangnya negara yang sangat berbakat terutamanya apabila ia berkaitan dengan dunia seni dan penulisan. Jika kita lihat peredaran zaman sekarang, ramai anak muda berkecimpung dalam bidang seni tidak kiralah dalam dunia lakonan, seni tari, seni kreatif dan seangkatan dengannya. Namun di sini, apa yang ingin difokuskan adalah mengenai bidang penulisan di mana jika kita lihat, penulisan-penulisan sastera seperti cerpen, novel, puisi dan seumpamanya sangatlah kurang. Pengarang-pengarang sastera yang terkenal menerusi karya-karya mereka seperti A. Samad Said misalnya kini tidak lagi dikenali oleh anak-anak muda pada masa ini.  A. Samad Said. Nama yang sangat unggul. Hasil-hasil karya yang sangat membanggakan. Beliau bukan sahaja seorang penyair di Malaysia, malah berkecimpung juga dalam bidang penulisan sehingga beliau diangkat sebagai seorang penulis. Beliau juga dalam masa yang sama dikenal

Sayangilah Warisan Kita : Bandar Hilir & Masjid Selat Melaka

Image
Assalamualaikum wbt.  Topik kali ini ialah mengenai warisan budaya ! Saya, berasal dari Melaka. Umum kita ketahui Melaka sememangnya kaya dengan warisan budaya baik dari segi makanan ataupun tempat-tempat bersejarah. Namun, kali ini saya akan fokuskan kepada tempat bersejarah kerana Melaka memang terkenal dengan tempat-tempat ini.  Saya telah mengunjungi dua lokasi dan kunjungan ini bukanlah kali pertama. Sudah banyak kali rasanya. Tetapi tidak mengapa ! Antara lokasi yang telah saya kunjungi ialah Bandar Hilir Melaka dan Masjid Selat juga di Melaka. Sememangnya di Melaka, kerana saya berasal dari Melaka ! Kedua-dua lokasi ini sememangnya terkenal dan merupakan warisan budaya di negeri ini. Setiap minggu, Sabtu dan Ahad pasti penuh dengan pelancong luar negeri atau luar negara berkunjung di antara dua lokasi ini. Lalu lintas sudah tentu sesak kerana boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja yang berkunjung! Saya pula tidak ketinggalan juga walaupun sudah kerap kali berkunjung di sini. K

Sahabat Dunia Akhirat : Ustazah Asma Harun

Image
Assalamualaikum wbt.  Dunia hanyalah sebagai suatu tempat persinggahan manakala Akhirat pula merupakan negeri kita yang abadi. Dalam kesibukan kita bekerja, dalam kesibukan kita berkuliah, janganlah sesekali melupakan agama. Islam, tunjang kehidupan kita. Allah SWT, sebagai Tuhan kita, pemberi rezeki, pemilik nyawa, penakluk bumi dan juga langit. Nabi Muhammad SAW, junjungan besar kita. Sebagai seorang muslim, janganlah kita sesekali melupakan ketiga-tiga ini.  Tokoh agama. Menyentuh pula mengenai tokoh agama. Antara tokoh agama yang saya menjadikan sebagai contoh ialah Ustazah Asma Harun. Mengapa saya memilih beliau sebagai tokoh agama? kerana bagi saya setiap bait kata yang dilafazkan oleh beliau , teguran dan nasihat beliau dilafazkan dalam nada yang lemah lembut. Setiap penyampaian yang disampaikan oleh beliau menerusi media sosial beliau terutamanya di Instagram sangatlah memberikan kesan. Kadang-kadang ada ketika saya sedang serabut dengan masalah, serabut dengan tugasan, saya se

Biarku Lindung Mendungmu : Aisyah Hijanah

Image
Assalamualaikum wbt.  Aisyah Hijanah. Seorang usahawan, pendakwah dan influencer muda pada masa ini. Tidak dinafikan beliau pada masa ini jika diajukan kepada generasi sekarang, siapakah tokoh motivasi yang anda gemari? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan Aisyah Hijanah. Mengapa saya memilih Aisyah Hijanah sebagai tokoh motivasi saya? Kerana setiap peringkat kehidupan yang beliau lalui daripada zaman beliau berkuliah sehinggalah kini beliau sudah beranak dua, sememangnya memberikan inspirasi kepada saya.  Bermula daripada kisah beliau berkuliah, kisah beliau disihir dan kesabaran beliau dalam menanti zuriat pada usia yang begitu muda sangatlah menginspirasikan. Setiap kali media sosialnya dikemaskini, ada sahaja kata-kata dan nasihat beliau yang sangat memberi kesan. Beliau bukan sahaja mengusahakan perniagaan, namun dalam masa yang sama beliau berusaha menyampaikan dakwah. Perniagaan yang diusahakan oleh beliau adalah butik Hijanah Haul yang berlokasi di Bandar Baru Bangi namun dala