Sayangilah Warisan Kita : Bandar Hilir & Masjid Selat Melaka

Assalamualaikum wbt. 

Topik kali ini ialah mengenai warisan budaya ! Saya, berasal dari Melaka. Umum kita ketahui Melaka sememangnya kaya dengan warisan budaya baik dari segi makanan ataupun tempat-tempat bersejarah. Namun, kali ini saya akan fokuskan kepada tempat bersejarah kerana Melaka memang terkenal dengan tempat-tempat ini. 

Saya telah mengunjungi dua lokasi dan kunjungan ini bukanlah kali pertama. Sudah banyak kali rasanya. Tetapi tidak mengapa ! Antara lokasi yang telah saya kunjungi ialah Bandar Hilir Melaka dan Masjid Selat juga di Melaka. Sememangnya di Melaka, kerana saya berasal dari Melaka ! Kedua-dua lokasi ini sememangnya terkenal dan merupakan warisan budaya di negeri ini. Setiap minggu, Sabtu dan Ahad pasti penuh dengan pelancong luar negeri atau luar negara berkunjung di antara dua lokasi ini. Lalu lintas sudah tentu sesak kerana boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja yang berkunjung! Saya pula tidak ketinggalan juga walaupun sudah kerap kali berkunjung di sini.

Kedua-dua lokasi ini amat menarik jika dikunjungi ! Selain daripada keindahan lokasi, latar belakang dan sejarahnya juga sangatlah menarik. Bagi sesiapa yang memerlukan latar yang cantik, gambar-gambar yang boleh dijadikan sebagai kenangan untuk tatapan masa hadapan, bolehlah berkunjung di dua lokasi ini! 

Bandar Hilir dan Masjid Selat Melaka 




Comments

Popular posts from this blog

Biarku Lindung Mendungmu : Aisyah Hijanah

Sekalung Apresiasi Untukmu : Semester 3

Lubuk Kesusasteraan : Perpustakaan Kuala Lumpur