Biarku Lindung Mendungmu : Aisyah Hijanah
Assalamualaikum wbt.
Aisyah Hijanah. Seorang usahawan, pendakwah dan influencer muda pada masa ini. Tidak dinafikan beliau pada masa ini jika diajukan kepada generasi sekarang, siapakah tokoh motivasi yang anda gemari? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan Aisyah Hijanah. Mengapa saya memilih Aisyah Hijanah sebagai tokoh motivasi saya? Kerana setiap peringkat kehidupan yang beliau lalui daripada zaman beliau berkuliah sehinggalah kini beliau sudah beranak dua, sememangnya memberikan inspirasi kepada saya.
Bermula daripada kisah beliau berkuliah, kisah beliau disihir dan kesabaran beliau dalam menanti zuriat pada usia yang begitu muda sangatlah menginspirasikan. Setiap kali media sosialnya dikemaskini, ada sahaja kata-kata dan nasihat beliau yang sangat memberi kesan. Beliau bukan sahaja mengusahakan perniagaan, namun dalam masa yang sama beliau berusaha menyampaikan dakwah. Perniagaan yang diusahakan oleh beliau adalah butik Hijanah Haul yang berlokasi di Bandar Baru Bangi namun dalam masa yang sama, beliau dan suami juga, Hazalif turut membuka sebuah kafe di samping haa ! Mereka berdua juga seorang penulis buku motivasi !
Jadi tidak hairanlah mengapa saya memilih Aisyah Hijanah sebagai tokoh motivasi saya !
Comments
Post a Comment