Sahabat Dunia Akhirat : Ustazah Asma Harun
Assalamualaikum wbt.
Dunia hanyalah sebagai suatu tempat persinggahan manakala Akhirat pula merupakan negeri kita yang abadi. Dalam kesibukan kita bekerja, dalam kesibukan kita berkuliah, janganlah sesekali melupakan agama. Islam, tunjang kehidupan kita. Allah SWT, sebagai Tuhan kita, pemberi rezeki, pemilik nyawa, penakluk bumi dan juga langit. Nabi Muhammad SAW, junjungan besar kita. Sebagai seorang muslim, janganlah kita sesekali melupakan ketiga-tiga ini.
Tokoh agama. Menyentuh pula mengenai tokoh agama. Antara tokoh agama yang saya menjadikan sebagai contoh ialah Ustazah Asma Harun. Mengapa saya memilih beliau sebagai tokoh agama? kerana bagi saya setiap bait kata yang dilafazkan oleh beliau , teguran dan nasihat beliau dilafazkan dalam nada yang lemah lembut. Setiap penyampaian yang disampaikan oleh beliau menerusi media sosial beliau terutamanya di Instagram sangatlah memberikan kesan. Kadang-kadang ada ketika saya sedang serabut dengan masalah, serabut dengan tugasan, saya sering menonton ceramah-ceramah beliau. Terasa menenangkan. Ada ketika sedang bergelut dengan kesedihan, beliaulah orang yang saya cari. Kata-kata beliau, bait-bait kata beliau seolah-olahnya memahami situasi dan keadaan yang saya alami.
Beliaulah Ustazah Asma Harun. Tokoh agama yang lemah lembut dengan penyampaian yang berkesan. Tokoh agama yang sangat menenangkan.
Comments
Post a Comment