Lubuk Kesusasteraan : Perpustakaan Kuala Lumpur
Assalamualaikum wbt.
Apabila menyentuh mengenai istilah sastera, sudah tentu fikiran kita
akan menerawang ke setiap pelosok. Ada yang berfikir, sastera itu sejarah. Ada
juga yang berfikir sastera itu suatu tradisi Melayu lama dan juga ada yang
menyuarakan bahawa sastera itu cuma sekadar bait-bait kata yang hanya
melengkapkan sebuah cerita. Tidak, tidak. Saya menafikan semua fikiran itu.
Sebagai permulaan dan untuk pengetahuan umum, setelah menjejaki sebuah kota
metropolitan untuk tempoh satu tahun setengah ini, di sebuah kota raya, di
sebuah bandar raya yang masyhur di sinilah saya mengenali apa sebenarnya itu
sastera dan di sini jugalah, tanpa pengetahuan sendiri, telah lama wujudnya
'lubuk' sastera.
Pada tarikh 19 Januari 2023, saya telah berkunjung ke sebuah gedung ilmu
di Bandaraya Kuala Lumpur. Tidak disangkal lagi, kota ini sememangnya sebuah
kota metropolitan yang sangat masyhur. Suasana bandar yang sibuk dengan
berbagai-bagai ragam dan aktiviti manusia, ada yang sibuk bekerja, ada yang
tidak menang tangan berniaga, ada pelancong yang sedang berkunjung dan
berbagai-bagai lagi. Ternyata kota ini sangatlah masyhur ! Namun, apa yang saya
ingin fokuskan ialah gedung ilmu yang saya kunjungi. Gedung ilmu yang saya
maksudkan ialah Perpustakaan Kuala Lumpur.
Besar. Itulah satu perkataan yang terlafaz daripada bibir saya.
Perpustakaan ini sangatlah besar. Sememangnya tidak cukup satu tahun jika kita
ingin teroka ! Pelbagai bahan bacaan yang sangatlah banyak dengan pelbagai
koleksi dan genre. Tetapi ! Ada yang lebih menarik daripada itu. Di
perpustakaan inilah, terdapat satu sudut sememangnya jarang sekali saya temui
iaitu sudut kesusasteraan. Di sudut inilah, berbagai-bagai bahan bacaan dan
hasil-hasil karya daripada sasterawan negara kita. Antara yang saya temui ialah
sudut sasterawan seperti Dato' Noordin Hassan, A. Samad Said, Datuk Dr. Zurinah
Hassan, Siti Zainon Ismail dan pelbagai lagi. Selain daripada itu, saya juga
temui bahan bacaan sasterawan negara kita iaitu pemikiran mengenai Muhammad
Haji Salleh dan Keris Mas.
Walaupun saya tidak meneroka secara menyeluruh, tetapi apa yang saya temui ini adalah sesuatu yang jarang sekali saya alami. Paling tidak menyangka ! Ada juga sudut untuk hasil-hasil sastera di gedung ilmu di sebuah kota metropolitan yang masyhur ini !
Comments
Post a Comment