Sekalung Apresiasi Untukmu : Semester 3

Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulilah, Allahuakbar, MasyaAllah ! 

Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari. Jam terus menerus berdetik tanpa kita sedar bahawa kita sudah tiba di penghujung perjalanan semester kali ini. Alhamdulilah untuk perjalanan semester kali ini walaupun sukar dan dipenuhi dengan berbagai-bagai rintangan, ujian dan dugaan yang dihadapi, Alhamdulilah ! Semuanya dipermudahkan, MasyaAllah! 

Hari demi hari berlalu dan Inilah saat di mana kita perlu melepaskan cerita dan kisah suka duka pada semester ini lalu memberi ruang membuka cerita baharu di semester hadapan. Walaupun lelah dengan jadual yang padat, tugasan yang sangat menyesakkan dada dan fikiran tetapi mahu atau tidak mahu itulah tugas kita sebagai seorang mahasiswa. 

Sekalung apresiasi ingin saya sampaikan kepada ramai pihak dalam mengharungi semester tiga ini. Namun, apresiasi ini dikalungkan khasnya untuk Dr. Kamariah binti Kamarudin selaku pensyarah saya bagi kursus BBK3410, Penglahiran Bakat Kreatif. Banyak perkara yang saya peroleh daripada beliau sepanjang 14 minggu berkuliah dan semoga apa yang beliau sampaikan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan saya selama tempoh tersebut dapatlah kami manfaatkan untuk disebarkan kepada orang lain ! 

Terima kasih, Dr. Kamariah atas segala tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih kerana memberikan nasihat dan bimbingan yang sangat berguna semasa dalam tempoh kami berkuliah. 

Terima kasih sekali lagi, Dr. Kamariah ! 

Sehingga kita bersua lagi. 

Assalamualaikum. 

 




Comments

Popular posts from this blog

Biarku Lindung Mendungmu : Aisyah Hijanah

Lubuk Kesusasteraan : Perpustakaan Kuala Lumpur