Al-Quran Kalamullah : Bukan Sebuah 'Buku' Kosong !
Assalamualaikum wbt.
Al-Quran
itu kalam Allah. Al-Quran itu cahaya dalam kehidupan kita, yang mendidik,
memimpin dan membimbing kita ke arah jalan yang benar. Kandungan ayat-ayat suci
yang menenangkan, yang mengharmonikan dan yang mententeramkan. Kalam Allah yang
sangat sempurna, tiada cacat cela namun mengapa? Mengapa tindakan kita hari ini
seolah-olah menghina kedudukan Al- Quran dan merendah-rendahkannya seperti
sebuah buku kosong sahaja?
Sebagai
seorang muslim, sangat sedih saya mengatakan bahawa tindakan membakar
Al-Quran pada hari ini seolah-olah menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Membakar
Al-Quran atas ketidakpuasan hati? Membakar Al-Quran demi mendapatkan view,
rating dan 'likes' ? Di fasa-fasa akhir zaman ini, tidak mustahil perkara
seperti ini berlaku tetapi sedarlah ! Al-Quran bukan sebuah buku kosong yang
boleh dibuat main dan dibakar begitu sahaja!
Saya memetik isu Al-Quran dibakar oleh Duta Sweden baru baru ini di artikel Utusan Malaysia. Al-Quran dibakar disebabkan rasa ketidakpuasan hati terhadap keputusan duta Sweden yang membantah keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Hanya kerana ketidakpuasan hati lalu sewenang-wenangnya membakar kitab suci tersebut? Di mana akal fikiran kamu! Sangat hina apabila Al-Quran dibakar hanya kerana ketidakpuasan hati !
Isu ini sepatutnya dipandang dan diambil tindakan segera! Kutuklah sekutuk-kutuknya tindakan yang menghina Al-Quran, Kalamullah Allah SWT ini. Jangan kerana mereka memandang rendah agama Islam, menentang agama Islam, mereka tiada hak untuk menghina dan membakar kalam Allah SWT ini!
Kepada seluruh umat Islam di seluruh pelosok dunia, bangkitlah!
Pertahankanlah! Pertahankan kalam dan kitab suci ini!
Jangan disebabkan nafsu serakah dan ketidakpuasan hati golongan seperti ini, Islam dipandang hina! Ayuh, bangkitlah!
Kutuk dan tentanglah tindakan ini !
Comments
Post a Comment