Ke Mana Hilangnya Nilai Kemanusiaan Dalam Diri Anak Muda ?
Assalamualaikum wbt.
Entah apa yang merasuk anak-anak muda sekarang. Astaghfirullahalazim ! Tiada sifat belas ihsan ke kamu? Ke mana hilang sifat kemanusiaan itu sehingga sanggup membunuh semata-mata demi wang dan harta? Tidak saya sangka! Sebegitu kejam manusia pada zaman ini semata demi wang dan harta benda sehinggakan sanggup membunuh ! Ke mana hilang jati diri kamu wahai anak muda? Ke mana pergi sifat ihsan kamu sehingga kamu sanggup bertindak sebegitu rupa !
Saya memetik daripada artikel mStar mengenai isu ini di mana seorang wanita warga emas berusia 91 tahun maut disamun. Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 2 pagi yang berlokasi di Kampung Pulai Darat, Merlimau, Melaka di mana ia melibatkan seorang lelaki yang berusia 20 tahun. 20 tahun ! Masih muda. Tergamaknya kamu wahai anak muda! Bukan sahaja samun tetapi membunuh ! Apa yang kamu dapat dengan membunuh ? Wang ? Harta benda ? Itu tidak akan kekal lama, anak muda malahan kamu akan menanggung balasan mungkin tidak di dunia atau mungkin di akhirat kelak.
Sungguh menyayat hati apabila artikel sebegini keluar. Anak muda yang kita harapkan, yang kita junjungkan, untuk dilahirkan sebagai seorang pemimpin negara ini kelak dan ini ke sepatutnya? Saya faham semua orang mengalami masalah kewangan dan dihimpit pelbagai hutang namun membunuh dan menyamun bukanlah caranya, anak muda. Anda masih muda, masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik tetapi mana akal fikiran kamu untuk kamu gunakan berfikir baik dan buruk, berfikir mengubah masa hadapan?
Sudah 2023, anak muda.
Bangkitlah, bina jati diri semula !
Jangan hanya kerana satu jenayah yang dilakukan, nama negara tercalar. Adakah ini pelapis pemimpin yang kita mahukan?
Bangkitlah !
Comments
Post a Comment