Ramadan Mubarak : Mengapakah watak 'Pelacur' Diketengahkan ?
Assalamualaikum wbt.
Setiap kali bulan Ramadan mengunjung tiba, sudah tentu bagi peminat-peminat drama, akan ada satu drama yang terlintas di fikiran. Begitu juga saya ! Drama tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah drama Nur. Bagi pandangan saya, drama ini merupakan antara drama yang terbaik walaupun terdapat unsur-unsur yang tidak boleh diterima. Walaupun drama ini telah ditayangkan pada tahun 2018 dan kini sudah memasuki tahun 2023, namun ingatan saya masih kuat apabila berbicarakan mengenai drama ini. Sudah hampir enam tahun drama ini telah ditayangkan !
Drama Nur ini menyentuh tentang perbezaan kehidupan di antara dua golongan iaitu golongan 'beriman' dan juga golongan 'pendosa' menerusi perspektif masyarakat. Watak-watak pula dibawa oleh para pelakon yang terkenal juga di Malaysia iaitu di antaranya ialah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan seumpamanya. Namun, apa yang menjadi ketidakpuasan hati di sini ialah mengapakah watak Amira Rosli sebagai seorang pelacur diwujudkan walaupun benar, ingin menonjolkan golongan 'pendosa' yang dimaksudkan. Apa lagi yang mengecewakan, pada kemunculan pertama drama ini, ia ditayangkan ketika bulan Ramadan. Bulan suci. Bagi pandangan saya, banyak lagi watak selain watak pelacur yang boleh digarap dan diambil bagi menghidupkan golongan 'pendosa' tersebut. Apabila watak pelacur yang dibawa oleh pelakon Amyra Rosli ini hanya sekadar sebuah drama dan ingin membuka mata masyarakat namun amatlah tidak sesuai lagi-lagi apabila drama ini juga ditonton oleh anak-anak muda zaman sekarang.
Jadi, pemilihan watak perlu disesuaikan dan ditapis kerana bukan golongan dewasa sahaja yang menonton, malahan ada juga dalam kalangan anak-anak muda sekarang !
Comments
Post a Comment