Pulau : Adakah Perlu Membudayakan 'Soft Porn' ?
Assalamualaikum wbt.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan sebuah filem Pulau yang kini menjadi 'viral' disebabkan unsur-unsur dan elemen yang sangat melampau. Filem Pulau ini merupakan filem yang bergenre seram dan dikatakan bakal ditayangkan pada bulan Mac 2023. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan lelaki dan wanita yang berkunjung ke sebuah pulau yang kemudiannya mereka ini berhadapan dengan kejadian-kejadian mistik di pulau tersebut.
Namun apa yang menjadi kontroversinya? Kontroversinya di sini ialah unsur dan elemen lucah yang dibawa masuk ke dalam filem Pulau ini. Wujudnya 'Soft Porn' elemen dan budaya lucah secara terang-terangan dalam filem tersebut. Adakah budaya ini perlu diamalkan sehingga dibawa masuk ke dalam filem? Apa yang sebenarnya terjadi pada industri hiburan kita? Mengapa wujudnya unsur dan elemen seperti ini?
Dan ! Apa yang lagi mengecewakan kita ialah,
Para pelakon yang berlakon dalam filem Pulau ini kebanyakkannya Melayu dan beragama Islam ! Apakah sebenarnya kehendak industri ini? Memuatkan unsur dan elemen lucah ke dalam filem ditambah pula dengan para pelakon yang beragama Islam ? Mengapa? Adakah babak tersebut akan menaikkan views? Rating? Begitukah?
Tidak.
Jangan sesekali kita menerima unsur dan elemen lucah !
Comments
Post a Comment