Salam Baitullah : Masjid Jamek Sultan Abdul Samad

Assalamualaikum wbt. 

Bertarikhkan 19 Januari 2023, saya  telah mengunjungi sebuah lokasi dan ia boleh dikatakan sebagai satu tempat pelancongan walaupun pada hakikatnya, ia adalah sebuah masjid. Masjid yang saya kunjungi ini sememangnya amat tersergam indah dan tidak hairanlah mengapa masjid ini dibina di tengah-tengah bandar kota Metropolitan ini. Masjid yang saya maksudkan ini ialah Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, yang berlokasi di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Jika mahu diceritakan lebih panjang, lebih baik saya ringkaskan. Untuk pertama kali bergelar mahasiswi di kota Metropolitan ini, itulah pertama kali saya melihat realiti dan gambaran sebenar Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ini kerana sebelum ini saya hanya mampu melihat bangunan masjid ini menerusi Internet dan televisyen sahaja. 

Bahasa dan slanga generasi sekarang dipanggil apa ya? Jakun ? Ya, jakun ! Itulah apa yang saya rasa ketika pertama kali menjejak kaki di masjid ini. Saya seolah-olah seperti peribahasa Melayu, umpama rusa masuk ke kampung! Terpinga-pinga saya dibuatnya! Namun, walaupun pertama kali menjejak kaki di situ, saya tidak menafikan bahawa Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ini ternyatalah besar, cantik dan tersergam indah ! Pertama kali saya menjejak kaki di situ, ruang solat baik lelaki mahupun perempuan, Allahuakbar ! Tidak boleh dilafazkan dengan kata-kata. Walaupun masjid ini terletak di tengah sebuah bandaraya yang sibuk, namun MasyaAllah ! Pasti bukan, orang yang baru balik bekerja sudah tentu perjalanan solat mereka dipermudahkan ya ? Beruntung ya mereka yang duduk dan hidup di sekitar sini ! 

Jika Masjid Jamek Sultan Abdul Samad sudah pun sebesar ini, bagaimana pula dengan Masjid Quba dan Masjid Nabawi ? Bagaimana pula dengan Mekah dan Madinah?  Pasti lebih besar bukan ! MasyaAllah, Allahuakbar ! 










Comments

Popular posts from this blog

Biarku Lindung Mendungmu : Aisyah Hijanah

Sekalung Apresiasi Untukmu : Semester 3

Lubuk Kesusasteraan : Perpustakaan Kuala Lumpur