Selangkah ke Dunia Sastera : Sastera adalah Kehidupan !
Assalamualaikum wbt! Sastera itu adalah kehidupan, kerana daripada sastera itu kita dapat mengenali diri kita, kita dapat memahami diri kita dan kita juga dapat mendalami dan menerokai nilai-nilai yang terdapat dalam diri kita. Persoalannya, menerusi apa? Tidak lain dan tidak bukan, menerusi pembacaan.
Sekian berbulan lamanya, tidak aktif dalam penulisan blog ini, hari ini saya kembali untuk mencatatkan semula kegiatan dan kehidupan saya. Walaupun terdapat kekangan-kekangan untuk kembali aktif, namun saya berusaha untuk cuba. Di sini, saya lampirkan satu pautan video yang disediakan dan disunting oleh saya sendiri ketika saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 tempoh hari. Video ini juga saya cuba kaitkan bagaimana kita untuk mendekati sastera dan apabila kita melangkah, apakah pula yang kita lihat dalam sastera itu sendiri?
Secara jujurnya, pengalaman saya ketika mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 itu sendiri, ah sangat manis ! Walaupun keadaan sangat sesak namun itu adalah salah satu pengalaman yang paling manis dan indah sepanjang saya bergelar sebagai seorang mahasiswi di Universiti Putra Malaysia. Pengalaman yang sangat menarik! Namun dalam video ini, jika dilihatkan penuh dengan intipati dan kandungan yang melibatkan buku. Pesta Buku, katakan ! Jadi, lihatlah dan fahamilah apa yang saya cuba sampaikan menerusi video ini kerana bagi saya, menerusi pembacaan, kita dapat mengetahui bahawa sastera itu adalah kehidupan !
Terima kasih.
Comments
Post a Comment