Posts

Selangkah ke Dunia Sastera : Sastera adalah Kehidupan !

Image
Assalamualaikum wbt! Sastera itu adalah kehidupan, kerana daripada sastera itu kita dapat mengenali diri kita, kita dapat memahami diri kita dan kita juga dapat mendalami dan menerokai nilai-nilai yang terdapat dalam diri kita. Persoalannya, menerusi apa? Tidak lain dan tidak bukan, menerusi pembacaan. Sekian berbulan lamanya, tidak aktif dalam penulisan blog ini, hari ini saya kembali untuk mencatatkan semula kegiatan dan kehidupan saya. Walaupun terdapat kekangan-kekangan untuk kembali aktif, namun saya berusaha untuk cuba. Di sini, saya lampirkan satu pautan video yang disediakan dan disunting oleh saya sendiri ketika saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 tempoh hari. Video ini juga saya cuba kaitkan bagaimana kita untuk mendekati sastera dan apabila kita melangkah, apakah pula yang kita lihat dalam sastera itu sendiri?  Secara jujurnya, pengalaman saya ketika mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 itu sendiri, ah sangat manis ! Wa

Sekalung Apresiasi Untukmu : Semester 3

Image
Assalamualaikum wbt.  Alhamdulilah, Allahuakbar, MasyaAllah !   Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari. Jam terus menerus berdetik tanpa kita sedar bahawa kita sudah tiba di penghujung perjalanan semester kali ini. Alhamdulilah untuk perjalanan semester kali ini walaupun sukar dan dipenuhi dengan berbagai-bagai rintangan, ujian dan dugaan yang dihadapi, Alhamdulilah ! Semuanya dipermudahkan, MasyaAllah!  Hari demi hari berlalu dan Inilah saat di mana kita perlu melepaskan cerita dan kisah suka duka pada semester ini lalu memberi ruang membuka cerita baharu di semester hadapan. Walaupun lelah dengan jadual yang padat, tugasan yang sangat menyesakkan dada dan fikiran tetapi mahu atau tidak mahu itulah tugas kita sebagai seorang mahasiswa.  Sekalung apresiasi ingin saya sampaikan kepada ramai pihak dalam mengharungi semester tiga ini. Namun, apresiasi ini dikalungkan khasnya untuk Dr. Kamariah binti Kamarudin selaku pensyarah saya bagi kursus BBK3410, Penglahiran Bakat Kreatif. Bany

Al-Quran Kalamullah : Bukan Sebuah 'Buku' Kosong !

Image
Assalamualaikum wbt.  Al-Quran itu kalam Allah. Al-Quran itu cahaya dalam kehidupan kita, yang mendidik, memimpin dan membimbing kita ke arah jalan yang benar. Kandungan ayat-ayat suci yang menenangkan, yang mengharmonikan dan yang mententeramkan. Kalam Allah yang sangat sempurna, tiada cacat cela namun mengapa? Mengapa tindakan kita hari ini seolah-olah menghina kedudukan Al- Quran dan merendah-rendahkannya seperti sebuah buku kosong sahaja?  Sebagai seorang muslim, sangat sedih saya mengatakan bahawa tindakan membakar Al-Quran pada hari ini seolah-olah menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Membakar Al-Quran atas ketidakpuasan hati? Membakar Al-Quran demi mendapatkan view, rating dan 'likes' ? Di fasa-fasa akhir zaman ini, tidak mustahil perkara seperti ini berlaku tetapi sedarlah ! Al-Quran bukan sebuah buku kosong yang boleh dibuat main dan dibakar begitu sahaja!  Saya memetik isu Al-Quran dibakar oleh Duta Sweden baru baru ini di artikel Utusan Malaysia. Al-Quran dibaka

Ke Mana Hilangnya Nilai Kemanusiaan Dalam Diri Anak Muda ?

Image
Assalamualaikum wbt.  Entah apa yang merasuk anak-anak muda sekarang. A staghfirullahalazim ! Tiada sifat belas ihsan ke kamu? Ke mana hilang sifat kemanusiaan itu sehingga sanggup membunuh semata-mata demi wang dan harta?  Tidak saya sangka! Sebegitu kejam manusia pada zaman ini semata demi wang dan harta benda sehinggakan sanggup membunuh ! Ke mana hilang jati diri kamu wahai anak muda? Ke mana pergi sifat ihsan kamu sehingga kamu sanggup bertindak sebegitu rupa !  Saya memetik daripada artikel mStar mengenai isu ini di mana seorang wanita warga emas berusia 91 tahun maut disamun. Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 2 pagi yang berlokasi di Kampung Pulai Darat, Merlimau, Melaka di mana ia melibatkan seorang lelaki yang berusia 20 tahun. 20 tahun ! Masih muda. Tergamaknya kamu wahai anak muda! Bukan sahaja samun tetapi membunuh ! Apa yang kamu dapat dengan membunuh ? Wang ? Harta benda ? Itu tidak akan kekal lama, anak muda malahan kamu akan menanggung balasan mungkin tidak di dunia

Ramadan Mubarak : Mengapakah watak 'Pelacur' Diketengahkan ?

Image
Assalamualaikum wbt.  Setiap kali bulan Ramadan mengunjung tiba, sudah tentu bagi peminat-peminat drama, akan ada satu drama yang terlintas di fikiran. Begitu juga saya ! Drama tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah drama Nur. Bagi pandangan saya, drama ini merupakan antara drama yang terbaik walaupun terdapat unsur-unsur yang tidak boleh diterima. Walaupun drama ini telah ditayangkan pada tahun 2018 dan kini sudah memasuki tahun 2023, namun ingatan saya masih kuat apabila berbicarakan mengenai drama ini. Sudah hampir enam tahun drama ini telah ditayangkan !  Drama Nur ini menyentuh tentang perbezaan kehidupan di antara dua golongan iaitu golongan 'beriman' dan juga golongan 'pendosa' menerusi perspektif masyarakat. Watak-watak pula dibawa oleh para pelakon yang terkenal juga di Malaysia iaitu di antaranya ialah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan seumpamanya. Namun, apa yang menjadi ketidakpuasan hati di sini ialah mengapakah watak Ami

Pulau : Adakah Perlu Membudayakan 'Soft Porn' ?

Image
Assalamualaikum wbt.  Baru-baru ini kita dikejutkan dengan sebuah filem Pulau yang kini menjadi 'viral' disebabkan unsur-unsur dan elemen yang sangat melampau. Filem Pulau ini merupakan filem yang bergenre seram dan dikatakan bakal ditayangkan pada bulan Mac 2023. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan lelaki dan wanita yang berkunjung ke sebuah pulau yang kemudiannya mereka ini berhadapan dengan kejadian-kejadian mistik di pulau tersebut.  Namun apa yang menjadi kontroversinya? Kontroversinya di sini ialah unsur dan elemen lucah yang dibawa masuk ke dalam filem Pulau ini. Wujudnya 'Soft Porn' elemen dan budaya lucah secara terang-terangan dalam filem tersebut. Adakah budaya ini perlu diamalkan sehingga dibawa masuk ke dalam filem? Apa yang sebenarnya terjadi pada industri hiburan kita? Mengapa wujudnya unsur dan elemen seperti ini? Dan ! Apa yang lagi mengecewakan kita ialah, Para pelakon yang berlakon dalam filem Pulau ini kebanyakkannya Melayu dan beragama Islam !

Lubuk Kesusasteraan : Perpustakaan Kuala Lumpur

Image
Assalamualaikum wbt.  Apabila menyentuh mengenai istilah sastera, sudah tentu fikiran kita akan menerawang ke setiap pelosok. Ada yang berfikir, sastera itu sejarah. Ada juga yang berfikir sastera itu suatu tradisi Melayu lama dan juga ada yang menyuarakan bahawa sastera itu cuma sekadar bait-bait kata yang hanya melengkapkan sebuah cerita. Tidak, tidak. Saya menafikan semua fikiran itu. Sebagai permulaan dan untuk pengetahuan umum, setelah menjejaki sebuah kota metropolitan untuk tempoh satu tahun setengah ini, di sebuah kota raya, di sebuah bandar raya yang masyhur di sinilah saya mengenali apa sebenarnya itu sastera dan di sini jugalah, tanpa pengetahuan sendiri, telah lama wujudnya 'lubuk' sastera.  Pada tarikh 19 Januari 2023, saya telah berkunjung ke sebuah gedung ilmu di Bandaraya Kuala Lumpur. Tidak disangkal lagi, kota ini sememangnya sebuah kota metropolitan yang sangat masyhur. Suasana bandar yang sibuk dengan berbagai-bagai ragam dan aktiviti manusia, ada yang sibuk